Dasar Privasi – Solat Tracker

Privacy Policy · Kemas kini: 20 Oktober 2026 · Pembangun: LuqMobile

1. Pengenalan

Solat Tracker ("app") dibangunkan oleh LuqMobile untuk membantu pengguna merekod dan memantau solat harian. Dasar ini menerangkan data yang dikumpul, cara ia digunakan dan hak anda.

2. Data yang dikumpul

3. Penggunaan lokasi

Lokasi digunakan hanya untuk mendapatkan waktu solat yang tepat bagi zon anda. Koordinat dihantar kepada perkhidmatan waktu solat (api.waktusolat.app, dan api.aladhan.com sebagai sandaran) bagi mendapatkan jadual waktu. Lokasi anda tidak disimpan dalam pangkalan data kami dan tidak dijejak di latar belakang.

4. Tujuan penggunaan data

Data digunakan untuk fungsi app sahaja: log masuk, menyimpan rekod solat, memaparkan statistik dan pencapaian, serta memaparkan progres kepada ahli kumpulan keluarga anda. Kami tidak menggunakan data anda untuk iklan.

5. Perkongsian data

Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Jika anda menyertai kumpulan keluarga, nama anda dan ringkasan progres solat (status hari ini, streak dan jumlah mingguan) boleh dilihat oleh ahli kumpulan yang sama.

6. Penyimpanan data

Data disimpan dalam Google Firebase (pelayan rantau Singapura) dan sebahagiannya dalam peranti anda untuk kegunaan luar talian. Data disulitkan semasa dihantar melalui sambungan selamat (HTTPS).

7. Tempoh simpanan

Data disimpan selagi akaun anda aktif. Apabila akaun dipadam, semua data berkaitan dipadam daripada pelayan kami.

8. Padam akaun dan data

Anda boleh memadam akaun bila-bila masa melalui Tetapan → Padam akaun dalam app, atau melalui https://solattracker.pages.dev/padam-akaun. Ini akan memadam profil, rekod solat dan keahlian kumpulan anda secara kekal.

9. Kanak-kanak

App ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Ibu bapa yang mendapati anak mereka telah mendaftar boleh menghubungi kami untuk memadam akaun tersebut.

10. Perubahan dasar

Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini.

11. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan berkaitan privasi boleh dihantar ke luqmanzainudin84@gmail.com.

Padam akaun: https://solattracker.pages.dev/padam-akaun